As-Salam & Hi!
Cimilre. Produk dari Korea. Cimilre Handsfree Pumping Kit ni
lebih kurang macam sedara mara Freemie la. Cumanya, Freemie tu mahal sikit dari
Cimilre ni. Kalau Freemie, function collect susu direct ke cup, Cimilre pulak fungsinya
collect susu pergi ke botol. Kita kena pasang botol la kat Cimilre tu. Freemie,
bila dah siap collect ke cup, kena transfer ke milk storage, either plastic or
bottle or else. Cimilre boleh dikatakan agak baru dalam pasaran berbanding
Freemie.
Cimilre ni jual satu set satu set. Kalau korang punya pam jenis double, kena beli dua set la.
Aku tau pasal Cimilre ni dari kawan aku yang sama-sama
berjuang untuk breastfeed anak jugak. Mula-mula memang aku dah target nak beli
Freemie, tapi disebabkan harga yang agak mahal, aku kenalah fikir dan buat
keputusan dengan setepatnya dan ambil masa yang agak lama. Memang tetiap hari
aku fikir pasal Freemie ni. Haha.
Semuanya sebab susu badan aku berkurang disebabkan kena
pergi team building selama 2 hari 1 malam dan tak ada masa untuk mengepam dan
jugak tak ada tempat nak simpan susu. Bayangkanlah, dalam masa 2 hari 1 malam
tu, 4 kali je aku boleh pam. Sekali kat dalam bas, dua kali kat hotel, dan
sekali yang last kat dalam ETS. Sampai sekarang aku tension fikir pasal benda
tu. Haha.
Tengah aku dok fikir nak beli ke tak Freemie tu, kawan aku
ni dok wasap kata dah beli sedara mara Freemie. Kata dia, best lagi dari
Freemie. Jadi lepas sembang dengan dia, amek info pasal Cimilre tu, aku pun buat
keputusan untuk beli. Aku beli dari laman web 11 street. Kawan aku beli kat
Pump On The Go kat Putrajaya. Aku usha, kat 11 street lagi murah. Rupanya murah
sebab tak ada kotak. Huhu. Tak apalah tak ada kotak pun, janji boleh guna buat
pam. Kotak tu nanti lama-lama kena gigit anai-anai jugak, macam kotak pam Lacte
Duet aku. Huuuuuu.
Beli Cimilre kat 11 street ni, aku beli hari Khamis sebab
ada promosi untuk kategori Beauty & Baby setiap hari Khamis. Cimilre ni dok
dalam kategori Baby. Menunggu nak sampai, adalah dalam 2 minggu jugak sebab
direct shipment dari Korea. Hari-hari dok usha tracking number, bila nak sampai
barangnya. Haha.
Dalam kotak lagi. Kotak biasa je. Sebab tu murah. Huhu.
Beli dua set sebab pam jenis double.
Walaupun tak ada kotak khas, tapi masih dalam plastik khas. So, no worries.
Keadaan dalam plastik khas untuk satu set.
Item yang ada dalam satu set.
Kat plastik ada tunjuk cara pemasangan. Tak paham bahasa Korea? Jangan risau. Tengok je gambar rajah yang dia tunjuk tu. Komfem paham punya.
Selepas pemasangan dari pandangan depan.
Selepas pemasangan dari pandangan sisi.
Bila dah dapat tu, peh nak melompat rasanya. Yelah, lepas ni
pam dah tak payah lenguh-lenguh nak pegang. Selitkan je kat bra. Ha, nak
bagitau satu tip. Cimilre ni best pakai dengan Genie Bra. Genie Bra ni rupa dia
macam sports bra. Aku try pakai dengan bra menyusu yang lain, tak selesa
langsung. Tapi tu untuk akulah. Orang lain aku tak pasti diorang selesa pakai
yang macammana. Cimilre ni sesuai dengan hampir semua jenis pam. Tapi kalau nak
beli Cimilre, better consult la dengan orang kedai yang jual untuk confirmation
sebab pam ada banyak jenama, so tak tau korang ada pam jenama apa kan.
Pengalaman aku guna Cimilre yang dah masuk seminggu ni,
sangat best dan sangat senang. Sekarang dah boleh bersandar dengan tegak sambil
pam. Kalau dulu, kena bongkok. Part dia pun senang nak basuh sebab sikit je.
Cup Cimilre tu boleh je kalau tak nak pakai. Lagi senang, tak banyak part. Huhu.
Mesti husband aku seronok basuh botol susu dengan alatan pam sekarang sebab dah
makin sikit. Hehe. Thanks sayang, tolong cucikan semua. =)
P/s : Aku tak tau nak pronounce Cimilre ni macammana. Huhuhu.
brp rm beli nie? tgh survey2 jgk...
ReplyDeletebrp rm beli nie? tgh survey2 jgk...
ReplyDeletebeli kat laman web 11street utk satu set, RM110. Jadi utk sepasang, RM220. Kalau ada voucher atau point atau sale, boleh dapat lagi murah.
ReplyDeleteKt shoppe 1 rm79, 2 rm149.. xprnh bli kt 11street.. nk try handsfree cimilre ni tp funnel sy pakai 32mm tp cimilre xde ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
DeleteHi.nak tanya ok ke bila tak pakai cup cimilre tu?sebab macam besar sangat kan.
ReplyDeletehi. okay je sebab pakai genie bra. tapi kalau pakai normal maternity bra, memang rasa besar sangat n xmuat. tp cup tu boleh je pilih nak pakai atau xpakai.
ReplyDeleteAde effect tak kalau pakai cup atau tak?
ReplyDeleteSo far, tak ada efek apa2. Saya pun kadang2 pakai cup, kadang2 tak pakai cup sebab tgk mood. =)
ReplyDeleteSis tak beli one set cimilre F1 yer? So sis just beli handsfree cimilre yer? So sis guna motor pump apa yer yg boleh attach dgn handsfree cimilre
ReplyDeleteaah tak beli satu set sebab takde bajet lagi. =). saya guna lacte duet, malish pinky lifestyle, n real bubee. semua boleh.
DeleteSis pakai dengan real bubee okay ke? Ada dengar feedback selalu tercabut tubing dia. Sis pakai okay ke?
Deletesy pakai so far okay. belum pernah tercabut2 lagi. rasanya yang tercabut tu mungkin tak pasang betul2 ke mungkin. =)
DeleteTerima kasih sis =)
Deletesama-sama. =)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam sis, sy pun br pakai cimilre hands free. Mmg best cuma ade mslh ckit..camne nk bt ye kalau tubing asyik berwap je.bile berwap akan pergi ke antibackflow...risau tkt msk air n susu ke dlm tubing dlm breast pam...
ReplyDeleteSy tlg jwb kn.. Lps dh siap pam , on kn pump dgn tubing tanpa connect dgn breast shield
DeleteTq Fatimah Az-Zahra tolong jawabkan. =). Wan Ezzah, saya pun asyik berwap je, tapi belum pernah air dalam tu pergi mana2 lagi. Wat masa ni, geng mengepam kat surau ofiz saya semua berwap tubing nya walaupun masing2 ada yang pakai freemie, ada yang pakai cimilre. =)
DeleteSalam sis..sy ngah survey cimilre ni..nk tya beli stu set siap ada tube yg utk penyambung dble breast pump ke..?mksdnye mcm T-tubing..
Deletesalam..hi..sy tak pasti pulak sebab sy just beli handsfree set shj. kalau set pam, sy rasa takde pakai t-tubing.
Deletesalam. nak tanya jugak walaupon post ni dah lama..hehe..
ReplyDeleteape fungsi cup tu ye? just sbg cover ke tkt susu terkeluar?
lg 1, kan botol tu attach skali cup, kalau letak dlm baju, dr luar x nmpk pape or nmpk ade something dlm baju? hehe..maklom la nk pump kt ofis je
cup tu design je sebagai ganti sorok dalam baju. imitate our breast lah kira. kalau dia buat empat segi nanti lain pulak orang nengoknya kot. hehe. tak nampak beza sangat pun. boleh je sorok dengan tudung. tak pun letak shawl acah-acah sejuk. hehe.
Deletekalau pakai lacte solo bole x agknye?
ReplyDeletebaru nak tanya soklan yg sama hahaha
DeleteSy da try pakai dgn lacte solo n ianya bole dgunakan dgn sgt baik
Deletealhamdullah ok akan order 1 set jer.
DeleteKlu pakai autumnz passion leh ke dengan cimilre ni?
ReplyDeletesaya rasa kebanyakan pam baru kat pasaran boleh guna dengan cimilre pam ni. =)
Deletethanks to ur review, lepas baca terus beli ritu n yes, mmg selesa sgt nk pump kat ofis sambil buat keje. baru pakai dalam 2-3 minggu. sebelum ni jenuh nk pegang yg lama tu sb selit kot mana pun xselesa jgk. pakai cimilire ni baru tgn selesa n yakin nk handsfree. sy sambung dgn treenie je.
ReplyDeleteSalam nak tanye.. sy pakai malish aria.. leh ke dgn cimilre nie
ReplyDeletemalish aria x tau le..tp sy sambung cimilre dgn malish ilaria..sbb malish ilaria besar so beli jugak real bubee..kecik sikit..nk travel senang
ReplyDeleteSalam. Sis, saya ni tengah survey cimilre f1. Saya ada guna malisy lifestyle, tetapi corongnya tertggal di kampung. Just bawak balik motor dan tiub2 sahaja.. Berdasarkan feedback2 yg saya baca dlm blog sis ni, motor malisy boleh digunakan bersama corong dan tiub cimilre ya?
ReplyDeleteSalam sis. Kalau saya nk beli 2 set. Boleh masuk ke dgn single Pam?
ReplyDeleteorang bilang Pompa asi cocok2an, ssebab diameters corong, seperti saya cocok PPakai avent Dan union, MMedela Dan RB kekecilan, Kalau cimilre ini lebih mendekati mana?
ReplyDeleteSalaam, lepas baca blog ni,maksudnya I boleh beli je spare part funnel+connector+ short tubing..yg lain boleh guna balik original non hands-free cimilre part?
ReplyDelete