Thursday, June 23, 2016

Cimilre Handsfree Pumping Kit

As-Salam & Hi!

Cimilre. Produk dari Korea. Cimilre Handsfree Pumping Kit ni lebih kurang macam sedara mara Freemie la. Cumanya, Freemie tu mahal sikit dari Cimilre ni. Kalau Freemie, function collect susu direct ke cup, Cimilre pulak fungsinya collect susu pergi ke botol. Kita kena pasang botol la kat Cimilre tu. Freemie, bila dah siap collect ke cup, kena transfer ke milk storage, either plastic or bottle or else. Cimilre boleh dikatakan agak baru dalam pasaran berbanding Freemie.



Cimilre ni jual satu set satu set. Kalau korang punya pam jenis double, kena beli dua set la.


Aku tau pasal Cimilre ni dari kawan aku yang sama-sama berjuang untuk breastfeed anak jugak. Mula-mula memang aku dah target nak beli Freemie, tapi disebabkan harga yang agak mahal, aku kenalah fikir dan buat keputusan dengan setepatnya dan ambil masa yang agak lama. Memang tetiap hari aku fikir pasal Freemie ni. Haha.

Semuanya sebab susu badan aku berkurang disebabkan kena pergi team building selama 2 hari 1 malam dan tak ada masa untuk mengepam dan jugak tak ada tempat nak simpan susu. Bayangkanlah, dalam masa 2 hari 1 malam tu, 4 kali je aku boleh pam. Sekali kat dalam bas, dua kali kat hotel, dan sekali yang last kat dalam ETS. Sampai sekarang aku tension fikir pasal benda tu. Haha.



Stok susu yang kena buang. T_________T


Tengah aku dok fikir nak beli ke tak Freemie tu, kawan aku ni dok wasap kata dah beli sedara mara Freemie. Kata dia, best lagi dari Freemie. Jadi lepas sembang dengan dia, amek info pasal Cimilre tu, aku pun buat keputusan untuk beli. Aku beli dari laman web 11 street. Kawan aku beli kat Pump On The Go kat Putrajaya. Aku usha, kat 11 street lagi murah. Rupanya murah sebab tak ada kotak. Huhu. Tak apalah tak ada kotak pun, janji boleh guna buat pam. Kotak tu nanti lama-lama kena gigit anai-anai jugak, macam kotak pam Lacte Duet aku. Huuuuuu.

Beli Cimilre kat 11 street ni, aku beli hari Khamis sebab ada promosi untuk kategori Beauty & Baby setiap hari Khamis. Cimilre ni dok dalam kategori Baby. Menunggu nak sampai, adalah dalam 2 minggu jugak sebab direct shipment dari Korea. Hari-hari dok usha tracking number, bila nak sampai barangnya. Haha.



Dalam kotak lagi. Kotak biasa je. Sebab tu murah. Huhu.



Beli dua set sebab pam jenis double.



Walaupun tak ada kotak khas, tapi masih dalam plastik khas. So, no worries.



Keadaan dalam plastik khas untuk satu set.



Item yang ada dalam satu set.



Kat plastik ada tunjuk cara pemasangan. Tak paham bahasa Korea? Jangan risau. Tengok je gambar rajah yang dia tunjuk tu. Komfem paham punya.



Selepas pemasangan dari pandangan depan.



Selepas pemasangan dari pandangan sisi.


Bila dah dapat tu, peh nak melompat rasanya. Yelah, lepas ni pam dah tak payah lenguh-lenguh nak pegang. Selitkan je kat bra. Ha, nak bagitau satu tip. Cimilre ni best pakai dengan Genie Bra. Genie Bra ni rupa dia macam sports bra. Aku try pakai dengan bra menyusu yang lain, tak selesa langsung. Tapi tu untuk akulah. Orang lain aku tak pasti diorang selesa pakai yang macammana. Cimilre ni sesuai dengan hampir semua jenis pam. Tapi kalau nak beli Cimilre, better consult la dengan orang kedai yang jual untuk confirmation sebab pam ada banyak jenama, so tak tau korang ada pam jenama apa kan.



Ni contoh Genie Bra.


Pengalaman aku guna Cimilre yang dah masuk seminggu ni, sangat best dan sangat senang. Sekarang dah boleh bersandar dengan tegak sambil pam. Kalau dulu, kena bongkok. Part dia pun senang nak basuh sebab sikit je. Cup Cimilre tu boleh je kalau tak nak pakai. Lagi senang, tak banyak part. Huhu. Mesti husband aku seronok basuh botol susu dengan alatan pam sekarang sebab dah makin sikit. Hehe. Thanks sayang, tolong cucikan semua. =)


P/s : Aku tak tau nak pronounce Cimilre ni macammana. Huhuhu.

Friday, June 17, 2016

Resepi Kek Batik guna 3 bahan je.

As-Salam & Hi!

Aah, betul la tu. Kau tak salah baca tajuk tu. Kek Batik ni guna 3 bahan je. No Milo. No serbuk Koko. Best tak?. Yela, Milo kan mahal. Jadi, kat sini, aku bagi sukatan yang ngam-ngam je untuk buat kek ni so nanti senanglah kerja kan. Tak payah susah-susah nak fikir, eh, sudu sukat dia besar mana, cawan sukat dia besar mana. kan?. Hehehe.

So, bahan-bahannya adalah.. jeng jeng jeng...

1 paket biskut marie
1 tin krimer manis coklat Saji
1/2 butter (250g/2)

Haaa, senang kan. 3 bahan je. Aku tak ambik pulak gambarnya sebab kali pertama try & error kan resepi ni. Huhu. Tak tau la menjadi ke tak. Kalau tak jadi kang, geram je la sebab dah ambil gambar cantik punya kan. Sekali, menjadi pulak resepi ni. Tak manis sangat pun ya. Tapi takpe, ada gambar dari Google so boleh la tengok. Hehe.



Butter yang 250g, bahagikan 2. Kalau calculative sangat dan nak pergi timbang, timbang la agak-agak 125g. Hahaha.




Biskut marie perisa kopi jenama Hwa Tai. Biskut ni dah sedia ada kat rumah. Belum bukak lagi paketnya. Tapi aku tak tau kewujudan biskut ni. Jadi aku beli biskut marie jenama Munchy's. Huhu.





Biskut marie perisa asli dan perisa kopi jenama Munchy's.




Our hero. Krimer manis coklat jenama Saji. Aku beli kat Aeon Big. Disebabkan krimer ni la, tak payah lagi guna Milo atau serbuk koko. Huhu.


Eh, cara-cara buat Kek Batik ni pun senang sesangat.

Mula-mula, panaskan kuali atau periuk atau apa je yang ada kat dapur tu yang boleh diguna. Aku guna kuali. So, panaskan kuali. Masukkan setengah butter tadi untuk dicairkan secairnya. Sentiasa kacau butter tu untuk mempercepatkan dia cair dan elak dari hangus. Lepas butter cair, masukkan 1 tin krimer manis coklat Saji dan kacau sampai mendidih. Kau jangan masukkan tin susu tu pulak. Masukkan isinya aje ke dalam kuali berisi butter cair tadi. Kena sentiasa kacau sampai mendidih. bila dah mendidih, tutup la api dapur tu. Masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan ke dalam kuali tadi dan gaul sampai sebati semuanya. Biskut marie tu standby la patahkan awal-awal. tak kisah la patah 2 ke patah 3 ke. Jangan hancur sudah la. Haha. Resepi ni aku try guna 3 jenis biskut marie tau. Sebab semua paket biskut marie yang ada kat rumah aku, masuk semut. Jadi kena la bukak semuanya untuk buang semut tu. Aku ambik ikut anggaran 1 paket full. 20 keping biskut marie Munchy's perisa asli, 20 keping biskut marie Munchy's perisa kopi, 20 keping biskut marie Hwa Tai perisa kopi. Aku perasan, biskut marie Hwa Tai ni lagi nipis dan kuat. So, next time, kalau nak buat Kek Batik lagi, memang aku buat guna biskut marie jenama Hwa Tai je.

Ha, lepas dah digaul rata semua adunan tu, Masukkan la ke dalam bekas yang mudah untuk potong kek tu nanti bila dah siap. Kalau nak masuk dalam bekas aiskrim pun boleh. Lepas dah masuk dalam bekas, padat-padatkan dan ratakan. Then, masukkan dalam fridge dalam 2 atau 3 jam.

Time nak potong kek batik tu, kena keluarkan setengah jam awal la sebelum potong sebab kalau tak, keras sangat nanti, susah nak potong. Dalam setengah jam tu okaylah. Bila dah potong, dah boleh la makan. Emm, sedapnyeee.



Aku lupa loyang ni berapa kali berapa. Cari yang muat agak-agak je.




Bila dah dipotong. Tak lawa sangat susunan biskutnya. Penat kot nak kacau bagi sebati. Haha. Yang atas tu yang warna-warni tu, aku saja letak bagi lawa sikit. Huhu.

Wednesday, June 1, 2016

Lot100 Salt Candy

As-Salam & Hi!


Malam tadi pergi Mydin beli groceries. Ternampak this thing.




Oh, ada rupanya benda ni jual kat Mydin. So, beli dua perisa. Nak try rasa je.




Salt and Sour Plum memang best rasa dia. Rasa masam, manis dan masin dia balance. Kalau Salt and Lemon ni, rasa masin sangat. Pedih jugak lelangit ni. Haha. 




Rasanya ada lagi dua perisa. Perisa oren dengan kopi rasanya. Oren aku tak beli sebab tak berapa suka oren. Kopi tak beli sebab takut gak nak rasa kopi bergaram ni. Haha. Tapi, personally, untuk product Lot100 ni, aku lagi prefer Sour+ gummy candy. 


*Sumber: Google