Thursday, December 3, 2015

Resepi: Padprik / Paprik

As-Salam and Hi!

Padprik atau paprik. Dua-dua ni sama je. Yang beza just orang yang eja lah. Ikut la suka masing-masing nak eja macam mana kan.

Okay, hari tu aku masak Paprik Daging. Tak lama lepas tu aku masak pulak Paprik Ayam. Eh, aku masak? Haha. Ye, aku lah yang masak. Hurmm, peliklah. Kalau aku bagi tau kat orang yang kenal aku, yang aku masak, apa pasal lah diorang tak percaya eh? Apa pasal eh? Apa pasal??

Tak kisahlah orang nak percaya ke tak. Yang penting, kalau aku masak tu maknanya aku dah dapat resepi yang simple je. Yang senang aku nak prepare bahan. Takde lah aku nak cari-cari bahan-bahan sampai ke lubang cacingnya pun. Aku ni kalau boleh, nak gumpal-gumpal guna tangan je, lepas tu hah, dah siap, boleh makan. Tapi tu pun kalau boleh la. Haha. Tapi kan, kau nak gumpal apa? Eh, suka hati kau lah nak gumpal apa pun. Kessah pulak haku.

Aku ni kalau nak masak sesuatu mesti secara tiba-tiba. Bila datang nafsu nak masak tu, teruslah marathon cari resepi sana sini. Lepas dah jumpa resepi paling senang, aku pun bertambah semangatlah nak masak.

Jumpa resepi senang tu kat sini. Tq ye tuan resepi. Sedap dan mudah.

Mehla sini aku bagi resepinya. Aku ada la ubah-ubah sikit. Ikut main sukahati je sukatan sebenarnya. Huhu.


Bahan-bahan:

  • Daging / Ayam - dibersihkan (Daging 1/2 kg direbus atau ayam 1 ekor dipotong kecil-kecil)
  • Bawang putih - 4 ulas 
  • Bawang holland - 1 biji
  • Lobak merah - 1 batang
  • Kacang panjang - 5 batang
  • Cili kering - 1 genggam (Digunting serong dan direndam air panas.)
  • Sos cili - 1 senduk
  • Sos tiram - 1 senduk
  • Daun limau purut - 5 helai
  • Gula dan garam - secukup rasa
  • Minyak untuk menumis - 1 senduk

***Note:


Kalau guna daging, kena rebus dulu daging bagi empuk seempuknya. Air rebus daging jangan dibuang. Kalau guna ayam pulak, just potong-potong ikut suka la nak besar mana, tak payah nak rebus dulu pun.


Cili kering yang direndam tadi toskan airnya. Tumbuk cili kering untuk efek lebih dramatik. Tapi kalau nak senang, blender je.


Bawang putih diketuk boleh, ditumbuk boleh, nak racik pun boleh.


Lobak merah potong bulat atau panjang seinci-seinci.
Kacang panjang dipotong panjang seinci-seinci.
Bawang holland potong bulat atau potong la ikut suka.


Cara-cara:


1. Panaskan minyak dalam kuali.



2. Tumis cili kering yang ditumbuk tadi bersama bawang putih.
Tunggu sampai cili masak.
Jangan sampai hangit.



3. Masukkan sos cili dan sos tiram.



4. Masukkan daging atau ayam.
(Kalau daging, masukkan sekali air rebusan. Ikut suka nak banyak mana. Kalau banyak, kuahnya banyak nanti, kalau sikit, sikitlah kuahnya nanti. Kalau ayam, tak payah letak air sebab nanti air ayam keluar)



5. Tunggu sampai ayam atau daging hampir nak masak then masukkan sayur.
Aku guna lobak merah dengan kacang panjang je sebab ada tu je kat rumah.
Korang nak letak sayur macam-macam, silakan.



6. Masukkan daun limau purut dan bawang holland.
Perasakan dengan gula dan garam.



7. Dah siap. Boleh tutup api. Hidangkan.


Okay, senang tak resepi ni? Senang kan. Haha. Kalau susah jugak aku tak taulah nak kata apa. Sampai hari ni, dah tiga kalilah aku guna resepi ni. First time, aku masak guna daging. Daging tu tak empuk sangat. Kali kedua dengan ketiga, aku guna ayam. Kali kedua tu aku dapat komen, terlalu banyak sos, jadinya dia berlendir sikit. Kali ketiga pulak, komennya, sedap aja. Seronok pulak aku tengok family aku makan masakan aku.Sampai ulang-ulang. Tak cukup. Nak nanges pun ada, rasa terharu lah sebab aku kan jarang masak. Huhu.

Maajun Warisan Keluarga (MWK) - Awet Muda dan Perancang Keluarga

As-Salam and Hi!


Maajun Warisan Keluarga

Maajun Warisan Keluarga (MWK)

MAAJUN WARISAN KELUARGA adalah maajun perancang keluarga dan merawat segala masalah kaum wanita. MWK ini adalah rumusan tradisional yang telah diusahakan oleh keluarga pembekal sendiri selama 30 tahun dan ia amat terkenal sekali. Sebelum ini MWK ini hanya dijual secara kecil-kecilan sahaja dan baru kini saya pertengahkan ia di laman web untuk paparan anda semua bagi mengetahui khasiat dan kegunaan maajun ini kepada kaum wanita pada masa kini.

Cara penyediaan MWK ini adalah 100% dari bahan akar-akar kayu, rempah ratus tradisional dan tiada langsung penggunaan bahan steroid yang boleh memudaratkan kesihatan. Kandungannya pula dijamin halal, bersih dan suci dari segi hukum syarak. Jadi tidak perlulah anda merasa ragu-ragu untuk mengambilnya.

Oleh kerana ia adalah penyediaan tradisional jadi ia juga tidak akan menyebabkan bertambahnya selera makan jadi tidak perlulah merasa takut akan masalah kegemukan. Kerana ia juga dapat mengurangkan berat badan ke tahap yang optima.


Khasiat dan kegunaan Maajun Warisan Keluarga ini adalah:-

1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin mejarakkan kehamilan / family planning.

2. Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan di liang faraj yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan.

3. Dapat mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita selepas bersalin.

4. Menegangkan dan memontokkan kembali otot payu dara agar menjadi gebu dan tegang.

5. Dapat menghangatkan hubungan suami isteri.

6. Dapat memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.

7. Melancarkan peredaran haid setiap bulan.

8. Membuang darah-darah kotor dan toksin dalam badan.

9. Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari.

10. Dapat mencantikkan kulit selepas pengeluaran toksin-toksin dan darah-darah kotor yang terdapat di dalam badan.

11. Mempertingkatkan kembali imun ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat. Tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.

12. Melegakan perut kembung dan masalah angin di dalam badan.

13. Melawaskan pembuangan air besar.

14. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan.

15. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid (senggugut).

16. Mengurangkan risiko penyakit kanser dimana MWK ini adalah 100% dari bahan tradisional jadi tiada langsung penggunaan bahan-bahan steroid dimana ia adalah salah satu kepada faktor penyebab penyakit kanser.

17. Dapat melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet. Ini kerana akar-akar kayu ini bertindak sebagai penyikiran bahan-bahan toksin di dalam badan. Jadi badan menjadi ringan dan segala lemak dapat disingkirkan.

18. Dapat menambahkan air susu bagi wanita yang sedang menyusukan bayi.

19. Melambatkan proses menopous bagi golongan wanita yang sudah berumur.

20. Merawat segala penyakit sakit-sakit sendi, sakit pingang dan lenguh-lenguh badan terutama bagi golongan wanita yang telah berumur.


Kandungannya adalah:-
- Akar-akar kayu
- Kacip Fatimah
- Senduduk
- Serapat
- Rempah ratus
- Madu
- Minyak zaitun

TIADA BAHAN STEROID


Aturan makan:-

1. Cara pengambilan bagi kali pertama adalah perlu diambil pada hari ketiga datang haid.
Makan sebiji sehari sahaja bersama air suam. Makan selama 21 hari sahaja. Apabila telah
habis 21 biji rehat selama 7 hari dan sambung botol yang kedua. Begitulah seterusnya.

Contoh: sekiranya ubat habis hari ahad perlu rehat 7 hari dan sambung botol ke dua pada hari ahad depan.

2. Bagi yang lepas berpantang perlu diambil pada hari ke 44 lepas bersalin. Makan sebiji sehari juga selama 21 hari dan rehat 7 hari untuk sambung ke botol yang seterusnya.

3. Oleh kerana maajun ini adalah dari akar kayu adalah dinasihatkan mengambilnya pada malam hari sebelum tidur. Dinasihatkan meminum air yang lebih dan mandi dengan kerap untuk mengurangkan kepanasan badan.

4. Sekiranya terlupa untuk diambil pada malam hari jadi perlu diambil pada awal pagi keesokannya sebiji sahaja dan apabila malam ambil sebiji lagi bagi hari itu. Tidak perlu makan 2 biji sekali.

5. Adalah dinasihatkan makan dengan teratur untuk mendapat kesannya.

6. Apabila mengambil maajun ini segala ubatan tradisional yang lain adalah tidak digalakkan kerana rumusan kandungan yang terdapat di dalam maajun ini sudah cukup lengkap bagi kesihatan seseorang itu.

7. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin dan mengalami masalah seperti keputihan dan kegatalan yang teruk adalah di nasihatkan agar mengambil maajun ini selama 5 hingga 7 hari bagi merawat masalah yang di alami. Setelah itu berhenti dan ambil pula di bulan hadapan. Begitulah seterusnya sehingga masalah yang di alami itu hilang.


Tindak balas di awal pengambilan Maajun Warisan Keluarga ini adalah ia bergantung kepada ketahanan badan individu seseorang itu seperti:-

1. Haid mungkin menjadi banyak dan berwarna hitam. Ada juga haid datang 2 kali dalam masa sebulan. Janganlah khuatir kerana ini adalah di sebabkan oleh proses penyingkiran darah kotor dan toksin yang berlebihan di dalam badan dengan pengeluaran haid yang banyak, Proses ini tidak mengambil tempoh masa yang lama cuma 2 hingga 4 bulan sahaja bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang itu.

2. Sesetengah orang juga mengalami sakit pingang. Ini disebabkan oleh pengeluaran haid yang banyak. Tidak perlu merasa khuatir teruskan pemakanan maajun ini insyallah kesakitan ini tidak akan berlanjutan kerana selepas habis proses penyingkiran bahan toksin di dalam badan, badan anda akan menjadi sihat, ringan dan bertenaga.


Maajun ini terdapat 21 biji didalam 1 botol dan diambil selama 21 hari sahaja.

Penggunaan minimum 3 botol untuk menampakkan hasil.


Harga: RM16.00 per botol tidak termasuk pos.

WhatsApp: 013-6477136 (Xieyan)