Wednesday, October 28, 2015

Aidijuma & Kekaboo (Tudung Bawal)

As-Salam and Hi!

Beli tudung kemain la banyaknya. Tapi pakai yang sama tu je jugak ulang-ulang.
Shawl, halfmoon, lycra, syria, instant, bawal, siakap, keli bagai.
Punyalah berlambak-lambak jenis-jenis tudung kat rumah sampai termuntah-muntah almari tu, tapi lepas tu kata, tak ada tudung nak pakai.
Nak memilih nak matchkan dgn outfit pun payah. Warna tak sesuai katanya. Alih-alih pakai yang sama je lah jugak.
Perempuan.
Biasalah.

Haha.. Haha..

Aku ni kalau nak senang, pakai je shawl arab yang crumple tu. Senang. Tak payah iron. Ye, aku tau tudung syria dengan tudung instant tu lagi senang nak pakai. Tapi masalahnya, aku pakai tak comel langsung. Macamlah kalau aku pakai shawl tu nampak comel sangat. Haha.  Tapi kalau rajin, aku iron la tudung bawal. Tudung bawal yang aku suka sekarang ni brand Aidijuma lah.



Tudung Aidijuma ni pengasasnya, Datin Norjuma Habib. Comel lote Datin ni. Model untuk tudung ni pun, Datin Norjuma jugak. Sebab tu lah tudung-tudung keluaran Aidijuma semua nampak lawa je. Orang comel, pakai apa pun nampak comel. Cuba kalau aku pulak. Haha. Pengsan.

Aidijuma ni banyak label untuk differentiate kan setiap kelainan tudung-tudungnya. Aidijuma ada lima label, iaitu White Label, Blue Label, Green Label, Blossom Bawal, dgn Black Label. Setiap label ni harganya lain-lain. Paling murah, White Label. Yang paling mahal, Black Label. Kelembutan setiap label pun lain-lain. Of course lah label yang paling mahal tu adalah yang paling lembut. Tapi yang White Label tu walaupun yang paling murah, tak adalah keras kejung tudungnya. Haha.

Kenapa aku suka tudung Aidijuma ni?

Sebabnya, yang utama sekali, mestilah design dia comel-comel. Dah lah comel, murah plak tu (WL). Walaupun ada sesetengah orang kata, design tudung Aidijuma ni macam sarung bantal la, alas meja la, langsuir langsir la, tapi bagi aku, kalau aku dah nampak benda tu comel plus murah, memang aku sambar je. Lagi satu, tudung Aidijuma ni senang nak bentuk. Bentuk muka aku ni macam payah sikit nak gayakan tudung bagi nampak muka cecomel. Jadi, tudung bawal yang lain-lain tu, kalau aku pakai, melentok-lentok la kat bahagian atas dahi tu. Serabut mak tengok ko nok. Haha. Dulu sebelum aku kenal dengan tudung Aidijuma ni, aku ingat materialnya macam sepesen je semua. So, aku pandang enteng je la. Tapi ada one time tu, ternampak ada corak cecomel yang menarik minat aku, terus lah nak beli. Bukan heran pun kalau senang pakai ke susah pakai ke, janji benda tu comel. Memanglah aku beli, kannn. Sekali bila dah try pakai, amboi senangnya nak bentuk. Tak keras dan tak lembut. Just nice. Bermula dari saat itulah (chewahh), aku selalu beli tudung Aidijuma. Pantang nampak design cecomel, memang aku beli. Lagi pulak, kat tempat kerja aku ada orang jual tudung Aidijuma. Memang bertambah senanglah proses nak membelinya. Oh, kalau beli dari pihak ketiga, diorang markup harga sikit. Harga tu ikut suka diorang nak letak berapa. Yang kawan aku ni, harga dia bagi, okay-okay lah kot. Kalau nak bandingkan dengan kena beratur dan berebut macam piranha kat tempat jual tudung Aidijuma ni, baiklah aku bayar lebih sikit pun takpelah. Anggaplah tolong sesama kawan.

Tetapi.

Hah, ni nak bagitau, padahal dah ternampak lama, tapi baru semalam perasannya. Kekaboo. Tudung bawal jenama Kekaboo. Pendapat aku, Kekaboo ni pesaing Aidijuma. Corak lebih kurang cecomel je aku tengoknya. Yang lainnya, mungkin dari segi material kot. Aku tengok tutorial model Kekaboo buat penggayaan tudung, macam senang je. Macam dah letak fabric starch je gayanya. Haha. Ah, lupa pulak. Kekaboo ni pun ada label jugak tapi bukan dipanggil label, dia dipanggil tag. Black Tag, Gold Tag, dan Silver Tag. Sebab tu firasat aku berkata, Kekaboo ni pesaing Aidijuma. Persaingan yang jenis berdaftar punyalah kot.





Nak dijadikan cerita, disebabkan aku dah ternampak kesemua corak Kekaboo ni dekat webpage, makanya, terus lah aku nak order, kannn. Tapi, sedihlah. Ordernya dah, dapatnya belum tahu sebab, ye lah, tak bayar lagi kan. Katanya takut limited stok. Huhu. Aku berharaplah dapat tudungnya sebab tudung Kekaboo ni nak kena pre-order. Lepas pre-order, nak kena tunggu lagi setengah bulan baru dapat. Bila dah keluar tudungnya, barulah ada yang readystock. Harga pre-order dengan readystock ni lain. Beza RM6 kau. Duit aku mengalir deras sangat nampak gayanya ni. Huhu.